GLOBALISASI PENDIDIKAN

GLOBALISASI PENDIDIKAN


PENGENALAN 

DEFINISI GLOBALISASI :merentas sempadan dan media 

FUNGSI UTAMA GLOBALISASI 

- Menghasilkan sumber-sumber yang diperlukan untuk pendidikan dan pembelajaran 
  sepanjang hayat. 
- Proses berterusan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengalaman seseorang 

Langkah POSITIF untuk menghadapi cabaran globalisasi pendidikan: 
- Menubuhkan Multimedia Super Corridor(MSC). 
- Mengembangkan sekolah-sekolah bestari.
- Mereformasikan kurikulum sekolah 
- Memberi peluang untuk penubuhan kolej-universiti swasta dalam negeri (penswastaan 
  pendidikan tinggi).

IMPLIKASI GLOBALISASI PENDIDIKAN TERHADAP  GURU

 - Dalam alaf baru, guru hendaklah bersifat dinamik. 
-  Guru dinamik adalah guru yang sentiasa responsif dan berupaya menyesuaikan diri untuk 
   menghadapi perubahan dari masa ke masa. 
- Guru dinamik sahaja dapat mengatasi cabaran baru yang sering timbul. 
- Hanya sekolah dinamik berkebolehan memainkan peranannya dengan berkesan demi 
  memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara. 

- Guru pada asasnya :    
* Mempunyai pengetahuan yang mendalam   tentang mata pelajaran yang hendak   
  diajarnya.    
* Mengetahui dan menguasai kaedah dalam   pengajarannya.    
* Mempunyai sahsiah yang baik dan dapat   dihormati serta dicontohi oleh pelajar. 
- Kebanyakan kualiti kecekapan dan sahsiah serta kecerdasan emosi guru adalah hasil 
  daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan   berkesan.
- Latihan ini termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak- 
  kanak serta teori penyampaian pelajaran.

CIRI-CIRI GURU DALAM MENGHADAPI CABARAN  GLOBALISASI PENDIDIKAN 

1.Seorang yang beriltizam 
   Keterlibatan diri secara bersungguh-sungguh serta penuh dengan tanggungjawab dalam 
   pelaksanaan tugasnya sebagai pendidik di sekolah. 

2.Guru yang berorientasikan maklumat 
   Bersungguh-sungguh mengejar maklumat-maklumat    baru yang berkaitan dengan    
   pendidikan melalui sebarang media. 

3.Guru yang berwawasan 
   Berpandangan jauh dan mempunyai visi yang berkaitan dengan      perkembangan 
   pendidikan ,demi mencapai kecemerlangan pendidikan negara dalam alaf baru. 

4.Guru perlu berpandangan global          
   Melihat perspektif pendidikan bukan lagi terhad dalam negeri tetapi juga secara global, 
   agar berjaya menangkis cabaran pendidikan yang berlaku dalam proses globalisasi yang 
   kian meningkat. 

5.Guru yang berpandangan positif          
   Memperlihat reformasi dan inovasi pendidikan serta perubahan kurikulum dalam perspektif    positif atau yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri, pelajar, masyarakat dan 
   negara. 

6. Berpengetahuan, fleksibel dan mudah menyesuaikan  diri dalam reformasi, inovasi dan   
    perubahan pendidikan          
   -Hendaklah menguasai kemahiran belajar untuk melengkapkan diri dengan ilmu     
    kemahiran dan ilmu pengetahuan.         
   -Menyesuaikan diri dalam peranan dan tugas  baru dari semasa ke semasa serta dalam 
    persekitaran sosial. 

7. Mahir dalam teknologi pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran (PdP)                   
    Membawa reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan 
    khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori pengajaran-pembelajaran, 
    pengurusan sekolah, sistem pentabiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru. 

8. Membuat refleksi melalui penyelidikan tindakan 
   - Amat penting untuk peningkatan profesionalisme keguruan. 
   - Guru dapat menggunakan teori pengajaran dan pembelajaran untuk menilai kebaikan 
     dan kelemahan pengajaran serta pembelajaran lalu membaiki dan mengubahsuai 
     rancangan kaedah dan teknik mengajar ke arah meningkatkan keberkesanan pengajaran      dan pembelajaran dalam bilik darjah apabila menggunakan proses refleksi. 



No comments:

Post a Comment