PENGENALAN

PENGENALAN

SELAMAT DATANG KE BLOG EDU 3903: GURU DAN CABARAN SEMASA.

Guru dan Cabaran Semasa merupakan salah satu tugasan yang perlu dilaksanakan oleh pelajar PPG AMBILAN JUN 2011 yang ditawarkan di seluruh IPG di Malaysia.

Berikut adalah kehendak soalan Kerja Kursus bagi subjek EDU 3903.

Hasil Pembelajaran Kursus :
1.     Menghuraikan isu dan cabaran semasa yang dihadapi guru.

2.     Menerangkan peraturan-peraturan awam dan perkaitannya dengan kerjaya guru

3.     Membincangkan tanda-tanda awal gangguan emosi murid serta langkah-langkah menanganinya.

4.     Mengenalisis punca gangguan emosi guru.

5.     Menyediakan pelan tindakan untuk mengurus perubahan dalam bidang pendidikan.


Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 4, dan 5.


Objektif Projek :

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut :

1.  Menghasilkan inovasi dan perubahan dalam pendidikan.

2. Menyatakan langkah-langkah bagi mengatasi masalah stres yang banyak        
    berlaku dalam kalangan guru dan murid.

3. Membina pengurusan grafik berkaitan dengan pelan tindakan pengurusan 
    stres.

4. Menghasilkan penulisan yang berkualiti.


Tugasan Projek :

Tugasan 1
Penghasilan Produk (70%)

Memang tidak dapat dinafikan penggunaanlaman web sosial seperti facebooktwitterhi-5,dan lain-lain semakin meluas di seluruh dunia termasuk juga Malaysia. Laman web sosial digunakan ramai untuk pelbagai tujuan  seperti berhubung dengan rakan, mencari kawan lama, mencari kawan baru, memasarkan barangan, melebarkan rangkaian kenalan dan lain-lain lagi.

Tidak hairanlah jika ditanya, pasti ramai baik yang bergelar pelajar, pekerja serta surirumah mengakui 'melekat' di komputer malayari laman web berkaitan saban hari. Lebih parah lagi jika mereka ketagih permainan komputer secara online di laman tersebut.
 Berita Minggu (Ahad, 19 September 2010)

Berdasarkan kenyataan di atas, hasilkan laman sosial dalam bentuk blog, facebook atau web berasaskan kursus EDU3093.  Sertakan ‘storyboard’ atau tatacara pembinaan laman sosial tersebut serta cara dan kaedah penggunaannya. 

Tugasan 2.
Penulisan (30%)
Emosi boleh ditakrifkan sebagai perasaan yang kuat yang kita arahkan kepada seseorang atau sesuatu. Terdapat enam jenis emosi yang selalu kita hadapi dan kita arahkan pada orang dan benda iaitu kemarahan, ketakutan, kesedihan, kegembiraan, meluat dan terkejut.
Bolehkah kita tidak beremosi? Jawapannya ialah tidak, kerana apabila kita berada dalam keadaan emosi yang baik maka segala urusan yang kita buat akan menjadi baik dan lancar. Kita akan bekerja lebih produktif. Emosi juga membolehkan kita memahami emosi orang lain. Emosi yang dipamerkan juga dapat menilai kematangan setiap orang.

Hasilkan peta pemikiran i-Think  berkaitan punca-punca stress dan pengurusan emosi guru. Seterusnya sertakan refleksi terhadap dapatan anda tentang punca stress dan pengurusan stress dalam kalangan guru.

No comments:

Post a Comment